Assalamualaikum....
Pastu pelawat2 semua ramai pulak dok tengok dari luar kandang masa kitaorang bagi makan kat haiwan nih! Dah macam show pulak! heheee
Baru-baru
ni, aku berkesempatan untuk join program volunteer di Zoo Negara.
Fuhhhh, dah lama giler tak masuk zoo nih! Rasa kali terakhir aku masuk
zoo negara ni mase aku tadika kot! hahaaa
Apa khabar haiwan-haiwan semua?? Sihat ka??
Bayaran yang dikenakan sebagai sukarelawan cuma RM10 bagi kali pertama
dan akan dapat gelang volunteer. Bayaran ni sah selama setahun. Ini
bermakna kitaorang boleh datang menjadi sukarelawan sebanyak kali yang
kitaorang suka selama setahun tanpa bayaran. Bayaran masuk biasa bagi
pelawat untuk melawat Zoo Negara ni mahal jugak lah lagi-lagi yang nak
tengok panda tu!
Para
sukarelawan mestilah berada tepat jam 8.00 pagi di depan pejabat
Education Department untuk mendengar taklimat dan arahan dari pihak zoo
negara. Jika lewat korang mungkin tidak dibenarkan untuk melakukan
aktiviti. Peserta di berikan kumpulan dan kemudiannya diserahkan kepada
beberapa penjaga zoo untuk tugasan tertentu mengikut kandang haiwan yang
telah ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut pasal volunteer program ni, korang boleh usha kat website nih :
Korang
boleh jer datang bila-bila masa untuk jadi sukarelawan. Nak datang
group boleh, individu pon boleh.
Pakai baju yang bersesuaian coz korang akan buat kerja-kerja kotor lah! Nanti kene tukar pakai kasut boot Phua Chu Kang tuh! hehee
Pakai baju yang bersesuaian coz korang akan buat kerja-kerja kotor lah! Nanti kene tukar pakai kasut boot Phua Chu Kang tuh! hehee
Kitaorang
tak tau pon what to expect. Men redah jer nak join program nih!
hahaaa... Mula-mula dorang akan bahagikan volunteer semua ikut group.
Aku memang dah aim nak jumpa pak belang, nak belai-belai singa, nak pi
cuci gigi rimau! kah3.... Sekali memang betul firasat ku! Dorang bagi
aku & Ayu ni masuk kandang rimau! Haaaa... hambek ko nak sangat
kan!
Perghhhh.... memang cuak giler ah bile masuk kandang rimau! Sekali rimau tu mengaum, memang menjerit kitaorang nak lari tak cukup tanah! Tapi ade penghadang lah antara aku dan harimau tuh! bhahaaa...
Perghhhh.... memang cuak giler ah bile masuk kandang rimau! Sekali rimau tu mengaum, memang menjerit kitaorang nak lari tak cukup tanah! Tapi ade penghadang lah antara aku dan harimau tuh! bhahaaa...
Korang
boleh pilih nak buat kerja full day @ half day. Disebabkan kitaorang
baru first time, kitaorang cakap nak buat half day jer dari 8.00 pagi
hingga 12.30. Tapi disebabkan kitaorang ditugaskan dekat tempat rimau,
pak cik tu cakap kalau nak bagi makan kat rimau petang2! Kitaorang pon
macam alaaaaa.... tak tau pon. Tak pe lah lain kali kitaorang datang
buat full day.
Better
korang siap2 tapau bekalan buat lunch coz nak beli dalam zoo nih memang
mahal berganda! Rugi plak tak pi beli nasi lemak bungkus dulu! hahaaa
Hi encik rimau! Comel lah rase macam nak bela sekoq! hahaaa
Ni rasenya aku duduk paling dekat dengan rimau sepanjang hidup! hahaa
Antara
tugasan yang dilakukan seperti membersihkan kandang, bagi mandi haiwan
dan juga memberi makan haiwan. Tugasan kekadang bergantung kepada
kandang yang korang dapat, ada kandang memerlukan kerja yang banyak dan
juga sedikit memenatkan tapi enjoy.
Masa nak
cuci kandang rimau & singa ni, mula-mula kene kutip taik dia dulu
coz dorang akan buat analisis berdasarkan taik haiwan nih! Nanti dorang
akan bawak masuk taik tu dalam lab & tengok perkembangan binatang ni
sihat ke idok! Nasib zookeeper tu yang kutip taik dia, tapi kitaorang
tolong pegang & masukkan dalam plastik! Errrrr, ni memang mencabar
kekuatan lubang hidong! Rasa nak termuntah pon hade! hahaaa...
Lepas tu barulah kene cuci & menyental kandang tuh kasi wangi semerbak dengan sabun daia sebalang! hahaaa...
Suami Isteri sedang bersantai! Hahaa... Anak-anak diasingkan bagi mengelakkan sumbang mahram! Lulz ;p
Jam 10.00 pagi, kami berhenti rehat untuk minum pagi. Ingat tau, pi
ambik sarapan awal sebelum masuk 'bertugas'..karang pengsan plak.
hahaa...
Sambil-sambil berehat, jalan-jalan pi cuci mata tengok rimau putih kat luar kandang. Ni pon comey jugak!
Suka tengok harimau nih tengah berendam!
Jam 10.45 pagi, kami sambung kerja sehingga jam 12.30 tghari.
Kali ni masuk kandang tenuk pulak. Kami kena sapu kawasan kandang
diorang, basuh bekas-bekas makanan depa, isi bekas air dan bagi makanan
untuk hari ni. Mereka ni makan sayur-sayuran, betik, dan ada makanan
yang berbentuk pellets.
Sebelum korang tanya, yes time sapu tu memang kena sapu dengan taik-taik
diorang sekali. Tapi tak mengapa najis diorang kecik, jadi tak kisah
sangatlah. hahaaa...
Tenuk merupakan sejenis haiwan mamalia. Juga dikenali sebagai Tapir,
Cipan, Kipan, Badak Tampung, Badak Murai, Badak Tenuk, Badak Babi, dan
Kuda Air. Tu diaaaa aihh.... banyak nau nama!
Pastu pi melawat rimau putih kat dalam kandang pulak!
Besar giler lah harimau nih! Gerun pulak tengok!
Lepas tu pergi kandang Gajah!
Dapat
member baru. Dorang ni cuci kandang gajah pagi tadi. Kitaorang pergi
melawat. Lepas tu dorang pulak melawat kandang harimau.
Dengan abang-abang otai penjaga zoo yang memang sporting & best!
Dah habis
kerja dekat tapir, kena pergi kawasan kancil & rusa pulak. Kerja
kali ni lebih senang, bawa makanan mereka, bersihkan bekas-bekas makanan
diorang. Makanan mereka ni lebih kurang sama macam tapir tadi.
Tapi yang
ni mula-mula aku cuak sikit, sebab mereka ni banyak (boleh buat geng
woi) pastu sesetengah mereka ni ada tanduk. Hahaha. Tapi mereka jinak
je. Cool. Tapi takut jugak lah, bila aku bawak makanan diorang,
rusa-rusa ni terus serbu aku.
Sumpah geli
nak mam... masa dorang makan & jilat atas tangan aku! Banyak kali
aku tak tahan geli pastu terus campak makanan tu kat tanah! Pastu kene
marah ngan abang ngah, zoo keeper! Awat hang membaziaq nadz oiii makanan
tuh! hahaaaa...
Pastu pelawat2 semua ramai pulak dok tengok dari luar kandang masa kitaorang bagi makan kat haiwan nih! Dah macam show pulak! heheee
Si Ayu ni rileks jer tak geli! Aku geli terukkk! hahaa
Bila dah
habis buat kerja, volunteers diberi peluang untuk pusing-pusing zoo.
Kira masuk zoo free la. Haha. Kitaorang pun jalan-jalan la, tengok
binatang.
Pengalaman baru & menarik buat kerja-kerja binatang ni. Kepada
'animal lovers' tu, kerja ni memang sesuai sangat lah untuk korang! Kami
diajar cara bersihkan kandang haiwan, beramah-mesra & bagi makan
kat haiwan-haiwan. Ok..dah pandai sikit-sikit! Dah boleh updet CV
kije...
"kelebihan : bergurau senda dengan haiwan karnivor! ;p"
(terus anta CV ke NatGeo Wild di Afrika Selatan)
Program sukarelawan ni boleh disertai oleh semua orang yang berumur 16
tahun keatas. Untuk sertai senang jer, korang perlu menghubungi zoo
negara bahagian “Education Department” untuk mendaftarkan diri pada
tarikh yang korang suka mengikut kekosongan yang ada. Satu hari sekitar
80 orang sukarelawan dibenarkan, jadi perlu call terlebih dahulu bagi
memastikan dapat tempat.
Kalau korang cukupkan 40 jam buat volunteer, boleh dapat sijil. Pastu
korang boleh la buat volunteer kat mana-mana zoo worlwide! Ok nak pi zoo
kat Australia pulak lah! ;p
Sebelum
beredar kami di beri taklimat dan ucapan terima kasih oleh pegawai zoo
negara dan di alu-alukan untuk terus memberikan khidmat sukarelawan ni
di masa akan datang.
In a nutshell, seriusly letih walaupun setengah hari je kije di Zoo
Negara, tapi pengalaman ....priceless! Next time nak cuci kandang
zirafah & zebra pulak lah!
Bestnya!!! Nak cuba juga la dengan kawan kawan.
ReplyDelete